Home tuition Cikgu Ana
Ms Mate Solutions (NS026****-M)
Guru Tuisyen Peribadi / Private Home Tutor
Guru Tuisyen Di Rumah JOHOR BAHRU
Cikgu Matematik & Matematik Tambahan
Kelas Online Cikgu Ana
Mudah Belajar Matematik

HOMETUITION CIKGU ANA
🤔 Anak selalu stress dan tertinggal dalam Matematik?
Masalah Utama Ibu Bapa & Pelajar
Pelajar malu bertanya bila tak faham → jadi tertinggal kelas
Kelas pusat terlalu ramai, guru tak sempat fokus setiap anak
Ibu bapa sibuk bekerja, tak punya masa pantau pembelajaran
Terlepas kelas → susah kejar semula
Biar saya bantu mereka bangkit semula dan kuasai setiap topik dengan yakin. 💪
Tuan dan Puan masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk anak mengikuti kelas tambahan selepas waktu sekolah?
Atau anak menghadapi kesukaran menyelesaikan soalan Matematik yang semakin mencabar?
Saya faham, bukan mudah nak pantau semua kerja sekolah anak—lebih-lebih lagi bila melibatkan subjek yang memerlukan latihan dan bimbingan berterusan seperti Matematik.
🧮 Di sinilah saya boleh membantu, InsyaAllah.
Kelas Online Personal & Berkumpulan
— fleksibel, belajar dari rumah
Kelas Fizikal di Johor Bahru (rumah pelajar)
— jika perlukan bimbingan langsung
Rakaman kelas & akses ulang kaji
— tak risau jika terlepas
Bahan & modul khas
— fail & buku latihan disediakan semasa pendaftaran
Pemantauan & laporan berkala
— saya akan hantar update & kuiz pengujian
Saya berpengalaman dan fokus sepenuhnya kepada dua subjek sahaja: Matematik dan Matematik Tambahan.
Kenapa hanya dua subjek ini?
Kerana saya percaya, dengan tumpuan penuh pada bidang ini, saya dapat membantu anak-anak Tuan dan Puan memperbaiki gred, memahami konsep dengan mendalam, dan membina keyakinan dalam Matematik.
✨ Dengan pendekatan yang tersusun, santai tapi berkesan — Matematik bukan lagi menakutkan, tapi menyeronokkan untuk dipelajari!
PILIHAN KELAS
Tahukah Tuan dan Puan, setiap jenis kelas mempunyai kelebihan tersendiri? Sebenarnya, terdapat beberapa perbezaan antara kelas online personal, kelas online berkumpulan, dan kelas personal secara fizikal.

💻 Kelas Online Personal
Kelas ini dijalankan secara one-to-one — fokus sepenuhnya pada anak Tuan dan Puan.
Setiap sesi disusun mengikut tahap kefahaman dan keperluan pelajar.
Sangat sesuai untuk anak yang perlukan perhatian penuh dan bimbingan langkah demi langkah.
Berlangsung secara bersemuka — lebih mudah untuk guru memantau dan membetulkan kesalahan secara langsung.
Anak boleh bertanya terus dan mendapat tunjuk ajar secara praktikal.
Sesuai untuk anak yang lebih fokus bila berada dalam suasana pembelajaran fizikal.

👩🏫 Kelas Online Berkumpulan
Dalam kelas ini, anak belajar bersama beberapa rakan lain secara dalam talian.
Suasana lebih interaktif dan menyeronokkan — ada perbincangan, kuiz, dan latihan bersama.
Sesuai untuk anak yang suka belajar dalam kumpulan dan suka persaingan sihat.

🏫 Kelas Personal Fizikal
Kenapa Pilih cikgu ana?
📘 Fokus 100% pada Matematik & Matematik Tambahan
Saya bukan ajar semua subjek — saya tumpukan sepenuhnya pada dua subjek ini supaya anak-anak dapat bimbingan yang betul-betul mendalam dan berkesan.
🎯 Pendekatan Pembelajaran Yang Disesuaikan
Setiap pelajar berbeza. Saya sesuaikan cara mengajar mengikut tahap dan gaya belajar anak — sama ada mereka perlukan asas yang kukuh atau mahu pecut gred A+.
🧮 Fahami Konsep, Bukan Hafal Rumus
Saya bantu pelajar faham kenapa dan bagaimana sesuatu konsep berfungsi. Bila mereka faham asas, soalan susah pun nampak mudah!
💬 Sesi Interaktif & Santai
Tiada tekanan. Kelas dijalankan dalam suasana mesra dan menyeronokkan, supaya pelajar berani bertanya dan seronok belajar.
📈 Pantauan & Perkembangan Anak
Ibu bapa akan dimaklumkan tentang prestasi dan kemajuan anak dari semasa ke semasa. Tujuannya — supaya kita sama-sama bantu anak capai potensi terbaik mereka.
🌟 Berpengalaman & Komited
Dengan pengalaman mengajar pelbagai peringkat pelajar, saya percaya setiap anak mampu kuasai Matematik — asalkan mereka dibimbing dengan cara yang sesuai.
Kadar Yuran Kelas

Berikut adalah kadar yuran tuisyen:
Kelas Personal Fizikal (PFC)
TAHUN 4-6, TING 1-5 RM 100 seorang per sesi / 2jam
Seminggu sekali kelas. Sebulan 4 sesi kelas 8jam RM400.
**Tambahan Pelajar RM 20 per sesi / seorang
Kelas Online Personal (POC)
TAHUN 4-6, TING 1-5 RM 50 seorang per sesi / jam
Sebulan 4 sesi kelas 4jam RM200
Sebulan 4 sesi kelas 8jam RM400
Kelas Online Berkumpulan (GOC)
TING 2-5 RM 40 sebulan / 4 sesi sebulan
**GOC : Kelas online berkumpulan. Focus Mode hanya nampak guru dan screen sahaja.
Kadar yuran tuisyen di atas termasuk:
-
Pengalaman mengajar dari tahun 2014 di rumah & pusat tuisyen
-
Graduan Ijazah Matematik UiTM
-
Pelajar Terbaik SPM 2009 bagi subjek Matematik
-
Kos pengurusan kelas.
-
Tips Cemerlang Matematik & Motivasi Diri Pelajar
-
Percuma Q&A melalui whatsapp jika ada soalan matematik
Yuran Pendaftaran : RM 50/seorang setahun termasuk bahan pembelajaran dan yuran komitmen
Kawasan kelas offline hometuition : sekitar Johor Bahru, Johor
Maklumat Kelas Online Berkumpulan:
Aplikasi : Zoom.us
1) Kelas sebulan ada 4 sesi.
2) Yuran perlu dijelaskan sebelum atau pada 10hb setiap bulan.
3) Yuran Pendaftaran RM 50/seorang setahun termasuk komitmen, kos pengurusan dan file buku latihan.
4) Rakaman dan live class hanya boleh diakses melalui link sepanjang penyertaan kelas shj.
5) Jadual kelas bulanan dan link kelas akan diupdate dalam group whatsapp.
6) Soal Jawab semasa kelas berlangsung untuk uji pemahaman konsep matematik. Wajib respon apabila disoal.
7) TIADA sebarang kelas akan dijalankan sewaktu CUTI UMUM.


Nama: Ana Farhanah binti Omar
Umur: 33 tahun
Status: Berkahwin
Personaliti:
Komited dalam mendidik| Peramah dan mudah mesra| Berbudi bahasa | Menjaga penampilan | Tegas dan berdisiplin | Motivasi tinggi | Fokus
Cara saya:
Mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan dengan teknik mudah faham dan berkesan. Menarik minat anak-anak untuk suka belajar matematik.
Saya tidak menjanjikan keputusan 'A' kepada anak-anak tuan puan, tapi saya yakin dengan usaha dan semangat bersungguh-sungguh ingin belajar dari anak-anak tuan puan akan membuktikan peningkatan markah yang lebih baik.
Saya hanya perantaraan sahaja, semua ilmu ini adalah milik Allah swt. Berkatnya ilmu itu bila ada berkat seorang guru dan berkat doa dari kedua ibu bapanya.
kenali saya
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Negeri Sembilan Kampus Seremban
2013 - 2015
Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik Pengkomputeran (Major Matematik)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Perlis Kampus Arau
2010 - 2013
Diploma Sains Kuantitatif (Major Matematik)
SMKJK, Shah Alam
2009
Pelajar Terbaik Matematik SPM (Aliran Sains Tulen)
Latar Belakang Pendidikan
Soalan Lazim (FAQ)
-
Di mana dan bilakah kelas tuisyen fizikal dijalankan?
Anda boleh memilih lokasi tuisyen dan juga masa, sama ada di rumah anda sendiri atau kawasan terdekat yang sesuai (sekolah asrama, pejabat, perpustakaan dan lain-lain)
*Bergantung kepada kekosongan slot
-
Berapa ramai pelajar akan ada di dalam kelas?
Pilihan di tangan anda. Ia boleh menjadi tuisyen personal 1-to-1 atau tuisyen berkumpulan.
-
Jika saya mempunyai anak 3 orang, tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Boleh tuisyen dirumah sekali?
Boleh. Yuran akan dikira sebagai set family bagi kelas personal di rumah. 3 orang Rm140 per sesi 2jam. Saya akan monitor 3 orang secara berselang seli untuk pastikan mereka dapat buat latihan dengan baik.
-
Jika anak saya ingin belajar bersama rakan 2 orang. Boleh tuisyen dirumah sekali?
Boleh. Yuran akan dikira sebagai set best friend bagi kelas personal di rumah. 3 orang Rm140 per sesi 2jam. Saya akan monitor 3 orang secara berselang seli untuk pastikan mereka dapat buat latihan dengan baik. Dengan syarat, jika 2 orang rakan tidak hadir, kelas akan dicaj dengan kadar minimum 2jam per sesi RM 100 seorang hadir.
-
Adakah saya perlu membayar yuran terlebih dahulu sebelum join kelas?
Yuran per sesi perlu dijelaskan setiap kali habis sesi kelas.
Ini sebagai tanda komitmen anda untuk mendapatkan servis kelas tuisyen daripada pihak kami.
-
Sekiranya saya membatalkan kelas tuisyen, adakah kelas perlu diganti?
Ya, kelas yang dibatalkan wajib diganti semula. Pastikan kelas cukup bilangan jam setiap bulan. Kelas mestilah diganti dalam bulan yang sama @ dlm tempoh 2 minggu pertama pada bulan berikutnya. Kelas ganti boleh dibuat dengan perbincangan antara guru, pelajar dan ibu bapa.
-
Bagaimana cikgu pantau perkembangan kelas jika ada peningkatan atau sebaliknya?
Saya akan beri Quiz semasa kelas berlangsung melalui soalan2 dalam modul untuk menguji Tahap Penguasaan pelajar. Pelajar perlu sentiasa bersedia dan respon dengan baik. Setiap perkembangan akan saya update kepada ibu bapa dari masa ke semasa.
-
Bolehkah saya dapatkan guru untuk subjek lain?
Boleh, saya boleh recommend guru yang sesuai untuk membantu tuan puan. Sila isi maklumat di ruang pendaftaran pelajar.
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh terus contact saya.
“Usah biarkan Matematik menjadi halangan kejayaan anak anda.
Mulakan langkah hari ini — bersama saya,
kita bantu mereka kuasai Matematik dengan yakin.”




